KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG YANG PERLU ANDA TAHU.

 


Haii salam sejahtera 😊

Bertemu lagi kita dalam entry yang sangat menarik bagi wanita-wanita. Bagi wanita yang pertama kali mengandung pasti teruja dengan kedatangan penyeri dalam rumah tangga.

Bagi yang masih menanti cahaya mata boleh ikhtiar dengan SET IKHTIAR HAMIL Shaklee untuk pasangan suami isteri dan berdoa untuk kita serahkan kepada Tuhan. 

  Keperluan wanita mengandung adalah aspek yang amat penting dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan janin yang dikandung.

Terdapat 5 keperluan penting yang perlu dititik beratkan, bagi memastikan kehamilan berjalan dengan lancar.



1. PEMAKANAN SIHAT.

 Pemakanan yang sihat, seimbang dan mencukupi untuk memberi nutrition kepada janin dan ibu.

Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang adalah penting bagi wanita mengandung. Pemakanan yang mencukupi dan berkhasiat sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan janin.

Ibu hamil perlu pastikan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi, kalsium, asid folik, protein, vitamin yang penting untuk perkembangan otak, tulang dan organ bayi.

Boleh baca juga SET SUPPLEMENT IBU MENGANDUNG di sini.


2. BUKA BUKU PINK. 

Buku pink ini penting bila kita dapat tahu diri mengandungi. Pemeriksaan berkala ini bagi memantau kesihatan ibu mengandung dan janin.

Pemeriksaan seperti ultra sound, ujian darah bagi memastikan perkembangan janin dalam kandungan dan mengenal pasti masalah kesihatan yang kemungkinan akan muncul.

Dengan itu rawatan awal boleh diberi jika ada masalah kesihatan yang timbul. 


3. REHAT DAN SENAMAN RINGAN.

Rehat dan senaman ringan untuk ibu mengandung juga penting. Ini adalah salah satu cara untuk ibu mengandung mendapat ketenangan dan memudahkan persalinan bayi nanti.

Ibu mengandung kena elakkan diri dari stress dan letih sebab ia boleh menjadi punca janin stress dan keguguran. 

Sebelum mulakan apa-apa aktiviti, dapatkan nasihat dari doktor puan anda.


4. PENJAGAAN EMOSI DAN MENTAL. 

Keperluan menjaga emosi dan mental ibu mengandung adalah penting. Kehamilan akan membawa perubahan hormon yang kepada ibu, dan memberi impak yang besar kepada emosi dan mental ibu mengandung.

Sokongan moral dari suami, keluarga dan kawan-kawan penting serta aktiviti riadah seperti berjalan, yoga bagi mengurangkan tekanan emosi dan mental ibu mengandung.



5. KEPERLUAN PERSEDIAAN BERSALIN.

Akhir sekali persediaan untuk bersalin adalah penting untuk menyambut kehadiran si comel.

Keperluan bayi seperti kain bedung, pampers, kain baju, stoking, sarung tangan, topi, pam susu, sabun mandian bayi.

Keperluan ibu pula seperti pads lebih selesa ambik seperti pampers dewasa, kain sarung, baju, selipar, stoking, sabun mandian, snek/biskut, milo, tisu basah.

Secara keseluruhan, keperluan ibu mengandung ini adalah komplek dan mengikut keselesaan dan kesihatan ibu mengandung. Sokongan dari suami, keluarga dan kawan-kawan juga sedikit sebanyak membantu ibu mengandung dari segi emosi dan mental. 

Dengan ini May harap entry kali ini membantu ibu-ibu mengandung. Dan May doakan juga kepada bakal ibu dipermudahkan bersalin dan segala urusan. 

Jika ada tambahan yang anda ingin utarakan boleh komen di bawah.  Segala komen anda amat saya hargai untuk menambahbaik untuk pembaca semua. 😊


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleeSamarahan

#pengedarShakleeKotaSamarahan

 #shakleeKuching

Comments

Popular posts from this blog

PAIN RELIEF UNTUK SAKIT SENDI.

SET KURUS SELAMAT, BERKESAN DAN TERBUKTI : SHAKLEE

DOA KATOLIK : 3 DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SETIAP HARI.