KATA-KATA MOTIVASI SEMANGAT DIRI DAN HIDUP.
Senyum di wajah menyembunyikan seribu masalah dalam kehidupan. Tetapi kita sebagai manusia biasa tak akan lari dari masalah.
Haiiii... Salam sejahtera 🙋🏻♀️🙋🏻♀️🙋🏻♀️
Kali ini entry berkaitan dengan kata-kata motivasi semangat diri. Dalam hidup ini lumrah kita dikelilingi dengan pelbagai ragam, sikap dan perangai manusia. Ada yang boleh dijadikan sahabat, ada juga yang jadikan sebagai musuh.
Masalah dunia ini ada pelbagai aspek dari pekerjaan, keluarga, rumah tangga, kawan-kawan, orang sekeliling.
Semakin kita meningkat dewasa, semakin kita sedar bahawa hidup ini kita kena bersederhana dalam semua hal. Jika kita terlalu memikirkan apa orang cakap, apa orang fikir, kita akan semakin tak akan aman dan mudah stress.
Kembali kepada diri, focus pada diri, focus pada keluarga sendiri, FOCUS IMPIAN kita.
Dengan itu kita tak akan ambik pusing tentang apa orang lain cakap pasal diri kita. Sebab setiap kita melalui jalan yang berbeza, halangan yang sendiri.
Oleh itu BANGKITLAH UNTUK DIRI SENDIRI‼️ Sentiasa beri kata-kata motivasi yang positive untuk diri supaya jiwa kita lebih tenang dan positive.
Dan ingatlah diri kita lebih berharga berbanding memikirkan masalah orang lain. Jika kita ingin menagis, menagislah sepuas-puasnya, selepas itu bangkit lebih kuat dari sebelum ini.
Hanya diri kita sendiri yang boleh bantu diri sendiri untuk mencapai ketenangan dan impian diri. Jangan mudah putus asa dan sentiasa berdoa dan ingat serahkan semuanya kepada Tuhan.
Hanya Dia yang boleh memberi kekuatan dan ketenangan yang luar biasa.
INGAT, ANDA HEBAT, ANDA KUAT, ANDA SEORANG INSAN YANG TAK MUDAH PUTUS ASA‼️
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeSamarahan
#pengedarShakleeKotaSamarahan #shakleeKuching
Comments
Post a Comment