5 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG MESTI ANDA TAHU‼️
Haii.. 🙋🏻♀️ Salam sejahtera..
Bertemu lagi kita dalam entry kali ini. Tajuk dia pon boleh tahan kan.. Ye laa ramai yang nak turun berat badan tapi ada risiko yang kita akan dapat jika ilmu kurang mengenai diet.
Sebelum ini May ada share tentang "Intermittent Fasting" jadi anda boleh dapatkan sedikit ilmu tentang diet dan juga Supplements Terbaik yang dapat membantu anda sepanjang proses menurunkan berat badan.
Seperti yang kita ketahui, intermittent fasting ini sangat famous dikalangan artis dan model yang ingin mengekalkan berat badan ideal. Tetapi jika kita kurang ilmu mengenai diet dan tiada bimbingan dari pakar, maka badan kita akan menderita.
Sebelum ini May ada join class dari sainstis pakar nutrition Malaysia iaitu Dr Reza yang mendapat pendidikan di Harvard University. Dalam class ini bukan saja cerita pasal nutrition malah berkaitan dengan intermittent fasting ini jugak.
Dr Reza sainstis pakar nutrition Malaysia.
Boleh juga tengok article berkaitan keburukan Intermittent Fasting dari rakan May juga.
Jum May senaraikan 5 keburukan intermittent fasting:
1) Kemerosotan kesihatan mendadak.
🌷Mereka yang mengamalkan intermittent fasting tanpa bimbingan pakar akan mudah jatuh sakit seperti sakit kepala, badan mudah lesu dan kurang bertenaga, mudah pitam, sesak nafas dan gastrik.
🌷Intermittent fasting ini tidak sesuai terutama kepada ibu mengandung dan mereka yang ada masalah kesihatan.
2) Psikologi.
🌷Jika tidak diamalkan secara teratur serta bimbingan pakar diet yang betol, mudah obses kepada makanan diet dan tak seimbang.
3)Penurunan berat badan mendadak.
🌷Penurunan berat badan mendadak akan mengaggu proses "Autophagy" yang semulajadi dan memberi kesan sampingan terhadap funsi hormon.
APA ITU AUTOPHAGY??
🌼Autophagy adalah proses penting dimana ia diransang apabila tubuh badan berada dalam keadaan lapar.
🌼Contohnya apabila seseorang itu sedang berpuasa untuk tempoh 8-10jam, Autophagy akan memecahkan protein dan kompenan yangbtelah rosak untuk digunakan semula untuk menghasilkan tenaga.
🌼Akan tetapi proses autophagy akan merosakkan penghasilan kolegen dalam badan. Dalam bahasa mudah badan kurus tetapi kulit berkerut dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
Antara risiko kekurangan kolagen dalam badan, seperti :
📌Menganggu pengaliran darah yang baik.
📌Menganggu sistem pencernaan.
📌Menurunkan sistem imun badan.
📌Risiko rabun lebih tinggi.
📌Kerosakan sel kulit
📌Rambut mudah gugur dan kuku mudah patah.
4) Keletihan melampau.
🌷Mereka yang amalkan intermittent fasting ini akan menyebabkan badan keletihan, sebab badan kita kurang nutrisi dan kekurangan air yang diperlukan sekiranya dilakukan tidak betol.
5) Susah untuk tidor.
🌷Oleh sebab kekurang nutrisi seperti magnesium dalam diet seharian, akan menyebabkan kita susah untuk tido.
🌷Jadi pengamal intermittent fasting perlu mengambil vitamin atau makanan tambahan seperti kalsium, multivitamin, polifenol dan protein untuk mengatasi jurang nutrisi dalam badan.
❤️Antara vitamin yang korang boleh ambik seperti Vivix, Coq-trol plus, ResV dan Collagen Shaklee.
Comments
Post a Comment