6 TIPS TRAVEL YANG PATUT ANDA TAHU.

 


Kalau tanya orang sekeliling pasti semua nak makan angin, jalan-jalan tengok tempat orang kan. Siapa tak suka kan jalan-jalan sambil tu kita boleh belajar banyak budaya dari tempat orang.

 Semestinya bila kita travel ini akan memberi satu kenangan yang akan kita ingat sampai bila-bila.

 Tetapi nak travel ini memerlukan perbelanjaan bukan murah dan kita juga perlu ilmu sebelum ke tempat yang dituju supaya tidak menghadapi masalah.

Jum May sharekan 6 TIPS TRAVEL yang patut anda tahu sebagai persediaan travel.



1) URUS BAJET PERBELANJAAN. 

Pengurusan belanja ini amatlah penting bagi mereka yang ingin travel, tak kiralah travel dalam negara atau luar negara. 

Wang adalah sebab utama pelancong-pelancong melawat tempat pelancongan yang menarik, tetapi jika tidak menguruskan perbelanjaan dengan baik ia akan jadi masalah yang besar. 

Untuk mengelakkan hal itu berlaku, anda perlulah bijak menguruskan perbelanjaan ketika travel. Anda kena catat apa yang perlu atau penting anda beli bagi mengelakkan pembaziran berlaku. 


2) BAWA PAKAIAN YANG PERLU SAHAJA. 

Bagi mengelakkan anda terlalu banyak bagasi, anda perlu bijak memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa travel. Dengan ini anda tak perlu membawa banyak bagasi yang berat. 


3) BELI TIKET FLIGHT PADA WAKTU YANG TEPAT. 

Anda perlu bijak membeli tiket flight kerana  anda mungkin dapat beli tiket pada harga yang lebih murah. Anda boleh check tiket flight pada waktu malam, jika anda bernasib baik anda mungkin dapat tiket lagi murah.

Cuba la tips ini‼️



4) SIMPAN DOKUMEN PENTING DALAM 1 FILE. 

Dokumen penting seperti visa, passport dan tiket boleh letak dalam 1 file agar mudah untuk kita cari dan bawa. Hal ini memudahkan anda supaya tidak kelam-kabut mencari terutamanya di lapangan terbang.


5) BERCUTI SECARA BERKUMPULAN. 

Bila kita bercuti secara berkumpulan ini banyak benda kita boleh jimat seperti bilik pemginapan boleh sewa 1 homestay.

Apabila kita bercuti ini, semestinya kita nak berjimat kan. Ini salah satu cara kita jimat boleh berkongsi dengan keluarga atau kawan rapat.


6) BAWA VITAMIN. 

Semasa kita travel ini kalau boleh pasti kita tak nak jatuh sakit kan, pasti akan buat mood kita pon down dan travel jadi sia-sia. 

Oleh itu, kena persiapankan diri dengan vitamin sebab pelindung diri. Vitamin asas yang boleh dibawa seperti Vita-C, Ostenutrix (kalsium), OmegaGuard (pembakar lemak) bila kita makan saja, Nutriferon untuk pelindung diri kita dari virus dan bakteria yang tak kelihatan. 

Dengan ini badan kita cergas dan sihat semasa travel, apatah lagi dengan perubahan cuaca yang berbeza.


May harap dengan 6 tips travel ini memberi manfaat dan sebagai guideline anda untuk travel. Jika anda ingin dapatkan vitamin Shaklee boleh hubungi saya DISINI

Selamat bercuti‼️😊



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleeSamarahan

#pengedarShakleeKotaSamarahan #shakleeKuching


Comments

Popular posts from this blog

PAIN RELIEF UNTUK SAKIT SENDI.

SET KURUS SELAMAT, BERKESAN DAN TERBUKTI : SHAKLEE

DOA KATOLIK : 3 DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SETIAP HARI.